RakyatKerdil


Blog For Free!


Archives
Home
2004 March

My Links
Forum Marhaen
Harakah
Malaysiakini
Laman Marhaen 1
wmmarhaen
antipharaoh
tokjanggut
marhaen2k
Temperas
Marhaen Bombastik
Isu Kini
e-umno
Free Anwar Campaign
anwaribrahim.com

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Berita Panas !!!
03.16.04 (11:58 pm)   [edit]
[b]BPR tangkap orang tengah bersama wang sogokan[/b]

KOTA TINGGI, 17 Mac (Hrkh)- Lapan orang pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menangkap seorang orang tengah yang mewakili Umno ketika dia sedang cuba memberikan rasuah sebanyak RM50,000 untuk menyogok calon PAS Dun Parit Raja agar menarik diri dari pencalonan.

Dia ditangkap oleh petugas PAS yang sememangnya memasang perangkap ekoran perundingan yang dijalankan kedua-duanya ketika menyerahkan wang RM5,000, iaitu wang pendahuluan, di rumah calon PAS tersebut, Sanip Ithnin.

Perkara ini berlaku di rumah Sanip di Felda Sungai Sayong, Kulai 16 Mac lalu.

[i]Berita lanjut dalam Harakah Jumaat 19 Mac ini. - ZS [/i]
 
Menjadi Sanjungan
03.15.04 (6:21 pm)   [edit]
=http://img21.photobucket.com/...

 
Kecoh di Kuala Kedah, siapa dalang?
03.15.04 (6:18 pm)   [edit]
Oleh YUSOFF ARIFFIN
KUALA KEDAH, 15 Mac (Hrkh)- Tindakan seorang pegawai polis DSP Mukhtar untuk menafikan hak rombongan BA untuk masuk ke pusat penamaan calon di bangunan MADA Ampangan Jajar pada 13 Mac lalu disifatkan sebagai ‘dalang’ untuk memberi kemenangan mudah kepada calon BN di sini.


Cheif Inspektor Deraman menerangkan kepada Saifudin dan Pahrolrazi bahawa DSP Mukhtar enggan buka pintu walaupun beliau beritahu Pegawai Pengurus Pilihanraya Negeri Haji Muhamad Yusoof mengarahkan polis membenarkan calon, pencadang dan penyokong masuk ke bilik penamaan calon

DSP Mukhtar yang bertindak di luar batas undang-undang adalah punca kepada berlakunya cermin pecah, bukannya menuding jari kepada pembangkang yang tersepit dengan tempoh masa untuk menyerah borang pencalonan.

Sehubungan itu calon KeADILan DUN Kubang Rotan Saifudin Nasution Ismail yang telah membuat laporan polis terhadap DSP Mukhtar berkata, “BA tidak pernah, tidak akan dan tidak bercadang untuk melakukan sebarang bentuk keganasan untuk mencari kemenangan tetapi akan menggunakan saluran demokrasi untuk membentuk kerajaan."

Calon Parlimen Kuala Kedah Haji Mohamad Sabu pula berkata, “cubaan polis untuk memberi kemenangan 4-0 kepada BN gagal dan kami bersyukur kerana pakatan jahat yang memperalatkan polis gagal”.

Tambahnya tindakan tidak bermoral DSP Mukhtar itu akan dilapor kepada Suhakam dan dan Suruhanjaya Diraja Polis yang sedang menyiasat pasukan polis yang diketuai oleh Tun Ahmad Dzaidin.

Kronologi Pakatan Jahat Memperalatkan DSP Mukhtar Untuk Memberi Kemenangan Mudah Kepada BN di parlimen Kuala Kedah, DUN Anak BUkit, Kubang Rotan dan Pengkalan Kundur


Apakah motif DSP Mukhtar menghalang calon, pencadang dan penyokong PAS dan KeADILan masuk ke bilik penamaan calon. Siapa dalang di sebalik konspirasi ini?

8.30 pagi: Perarakan PAS dan KeADILan sampai di garisan polis dari arah utara bangunan MADA.

8.35 pagi: Pegawai polis yang bernama Gani telah memaklumkan bahawa hanya 12 orang sahaja dibenarkan masuk iaitu calon parlimen, ketiga-tiga calon DUN serta pencadang dan penyokong mereka sahaja. Pihak PAS bersetuju dan meminta tambahan supaya seorang pemeriksa kertas penamaan yang dilantik juga dibenarkan masuk. Dengan tegas Gani berkata, :hanya 12 orang’.

Pada masa yang sama perarakan BN juga telah sampai dari sebelah selatan Ibu Pejabat MADA ke garisan polis.

50 orang rombongan calon BN dibenarkan masuk ke bangunan MADA.

Calon PAS DUN Pengkalan Kundor Ir. Haji Phahrolrazi Mohd. Zawawi membantah kepada Gani dan beliau menghubungi pegawai atasan dan akhirnya 16 orang daripada rombongan PAS dan KeADILan dibenarkan masuk ke kawasan bangunan MADA.

8.47 pagi: Bila sampai di pintu pagar bangunan MADA rombongan PAS dan KeADILan dihalang sekali lagi sehingga Dr. Azman Ismail iaitu wakil calon Saifudin dan Kasim Md. Isa pemeriksa kertas Ir. Phahrolrazi tidak dibenarkan masuk.


Resah...Calon DUN Anak Bukit Haji Amiruddin Hamzah dan rombongannya dihalang lagi di pintu masuk ke bangunan Ibu Pejabat MADA.

8.55 pagi: Rombongan PAS dan KeADILan sampai di pintu utama bangunan MADA dan ketika itu terdapat dua anggota polis sedang mengawal pintu utama untuk masuk ke tempat penamaan calon di tingkat 1 bangunan MADA.

8.56 pagi: Kedua-dua anggota polis menghalang semua calon, pencadang dan penyokong PAS dan KeADILan dari memasuki pintu tersebut.

Saifudin Nasution memberitahu bahawa mereka ingin masuk dan minta pintu dibuka, tetapi polis memberitahu supaya mereka tunggu sehingga rombongan BN keluar atas alas an tidak mahu bertembung.

Calon PAS Anak Bukit Amiruddin Hamzah Tanya bila dijangka selesai, mereka menjawab, “sehingga selesai le….mungkin 9.50 pagi…heh …he"

Keadaan menjadi kecoh seketika apabila DSP Mukhtar telah mengarahkan sekali lagi supaya 2 anggota polis terus tidak membenarkan calon PAS dan KeADILan masuk dan beliau berjalan masuk melalui pintu automatic tersebut dan tidak mahu berbincang serta terus mengunci pintu automatic tersebut.

Ketika itu tidak ada seorang pun pegawai SPR ada di situ. Nasir Mustafa telah menghubungi Pergawai Piliharaya Negeri Haji Mohamad Yusof melalui talipon bimbit memaklumkan kejadian tersebut.

Haji Mohamad telah meminta untuk bercakap dengan pegawai polis terbabit yang bernama Chief Abang Deraman dan beliau meminta DSP Mukhtar membuka pintu tetapi beliau enggan.

Oleh kerana gagal untuk mendapat kerjasama daripada DSP Mukhtar, salah seorang ahli rombongan PAS dan KeADILan berusaha untuk berjumpa dengan Pegawai Pengurus Pilihanraya yang berada di tingkat satu bagi memaklumkan tindakan polis yang menghalang calon menyerahkan borang pencalonan mereka kerana masa sudah hampir jam 9.20 pagi.

Malangnya beliau telah ditahan oleh polis dan dibawa keluar dari bangunan secara kasar dan brutal.

9.23 pagi: Polis mempertingkat kawalan di semua pintu masuk ke dalam bangunan MADA dan rombongan calon PAS dan KeADILan makin cemas kerana masa untuk menyerahkan boring pencalonan makin suntuk.

Peguam PAS yang menyertai rombongan itu telah mengeluarkan Akta dan Peraturan Pilihanraya yang dengan jelas menunjukkan bahawa calon, pencadang dan penyokong dari mana-mana parti politik mesti berada dalam bilik penamaan antara jam 9.00 hingga 10.00 pagi.

Pada msa itu cermin pintu utama pecah dan rayuan ahli rombongan PAS dan KeADILan telah didengari oleh pihak SPR dan mereka meluru turun dan mengarahkan pegawai polis membuka pintu tersebut dengan segera, namun DSP Mukhtar masih lagi berkeras untuk menghalang mereka masuk.

Keadaan menjadi lebih kecoh dan polis telah menahan Gopal kerana tidak mahu memberi kad pengenalan kepada polis.

9.33 pagi: Pintu dibuka dan DSP Mukhtar telah menghilangkan diri.

9.35 pagi: Borang Penamaan Calon PAS dan KeADILan berjaya diserahkan kepada Pegawai Pengurus SPR.

Calon PAS dan KeADILan telah memaklumkan kejadian itu kepada Pegawai Pengurus Pilihanraya Datuk Haji Ismail Hamid dan beliau menafikan perbuatan jahat polis itu bukan daripada arahan beliau.

12.30 tengahari: Calon PAS Haji Mohamad Sabu dan calon KeADILan Saifudin Nasution telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.

3.00 petang: Ketua Penerangan PAS Kedah Ir. Haji Phahrolrazi Mohd. Zawawi dan Ketua Pemuda PAS Kedah Haji Adnan Saad telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Kedah Dato’ Mohamad Supian Amat. Beliau memberitahu insiden itu akan disiasat. - zs


=http://img21.photobucket.com/...

Cheif Inspektor Deraman menerangkan kepada Saifudin dan Pahrolrazi bahawa DSP Mukhtar enggan buka pintu walaupun beliau beritahu Pegawai Pengurus Pilihanraya Negeri Haji Muhamad Yusoof mengarahkan polis membenarkan calon, pencadang dan penyokong masuk ke bilik penamaan calon
 
Presiden arah calon PAS Taman Medan, Dengkil tarik diri
03.15.04 (6:14 pm)   [edit]
SHAH ALAM, 15 Mac (Hrkh) - Atas semangat setiakawan dalam BA, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan dua calon PAS yang bertanding di dua kawasan bertindih di Selangor menarik diri.

Ia bagi mengelak pertembungan sesama sendiri antara calon PAS dan KeADILan. Dua kawasan Dewan Undangan Negeri terbabit ialah N33 Taman Medan dan N55 Dengkil.

Pada hari penamaan calon kelmarin, ia menyaksikan pertandingan empat penjuru di Taman Medan dan tiga penjuru di Dengkil, yang mana calon PAS dan KeADILan bertembung antara satu sama lain.

Berita lanjut menyusul kemudian.
 
BN lesu di Kubang Pasu
03.15.04 (6:10 pm)   [edit]
KUBANG PASU, 16 Mac (Hrkh) - Barisan Nasional (BN) di Kubang Pasu sehingga semalam belum menaikkan sebarang bendera mahupun poster calon mereka.



Menurut calon PAS Dun Bukit Kayu Hitam, Cikgu Nanyan Saad yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, ini adalah fenomena yang tidak pernah berlaku di Kubang Pasu.

Selain Cikgu Nanyan, PAS meletakkan seorang calon muslimat di Dun Jitra, Dr Rohani Abdul Mutalib dan Dr Abdul Isa Ismail bertanding di kerusi Parlimen, beliau adalah bekas pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) dan secara kebetulan pada 11 Mac lalu usia beliau genap 56 tahun.

Tinjauan mendapati ada beberapa faktor mengapa bendera dan poster calon BN di Kubang Pasu belum dinaikkan.

Beberapa pemuda Umno yang ditemui di Jitra berkata, calon Parlimen dan Dun Bukit Kayu Hitam adalah orang baru dan mereka tidak begitu faham dengan selok belok kerja pilihanraya.

"Susah la macam ni, kami boleh buat kerja tapi calon tak faham dengan kehendak kami,"ujar Mohd. Sayuti Osman, 25, dari Taman Mahsuri, Jitra.

BN meletakkan Johari Baharom bagi kerusi Kubang Pasu dan Khalidah Adibah Ayob di Bukit Kayu Hitam.

Oleh kerana nama mereka ini 'muncul' pada saat-saat akhir, poster calon masih belum siap.

Selain itu, kem Umno di Kubang Pasu juga menurut satu sumber telah berpecah teruk akibat mengambil calon yang tidak sehaluan dengan mereka.

Kata sumber itu, tokoh-tokoh lain yang tidak 'lekat' calon juga dah merajuk dan tidak membantu kempen kali ini.

Tun Dr. Mahathir yang berjanji akan membantu jentera Kubang Pasu juga dikatakan hanya muncul dihari penamaan calon 13 mac lalu dan sekarang telah hilang entah ke mana. - HK/mks.


 
online hits.